Servis Menjahit Custom & Alteration
Design Dah Ada. Tinggal Nak Bagi Betul-Betul Jadi.
Hantar gambar rujukan anda. Rachael Atelier bantu dari pemilihan kain, ukuran, cutting hingga jahitan akhir supaya sedap dipakai dan nampak eksklusif.
- Jahitan Kemas Berkualiti
- Ukuran Tepat Ikut Bentuk Badan
- Boleh Hantar Gambar Rujukan
- Sesuai Untuk Majlis & Harian
Pilihan Servis Kami
Satu tempat untuk semua keperluan jahitan anda
Proses Mudah Dalam 4 Langkah
Dari gambar rujukan hingga siap dipakai anda
-
01
Hantar Design
Hantar gambar rujukan atau idea anda melalui WhatsApp.
-
02
Konsult & Quote
Kami bantu cadangkan kain, potongan, ukuran dan anggaran harga.
-
03
Jahitan Dimulakan
Proses cutting dan jahitan dilakukan oleh tukang jahit berpengalaman.
-
04
Siap & Dipakai
Jahitan siap, fitting (jika perlu) dan sedia untuk dipakai atau dihantar.
Antara Hasil Jahitan Kami
Setiap rekaan dijahit dengan teliti, ikut cita rasa dan kesesuaian pelanggan.

Baju Kurung Moden 
Kebaya 
Jubah 
Dress 
Alteration 
Baju Melayu
Apa Kata Pelanggan Kami
Kepuasan anda adalah keutamaan kami.
Soalan Lazim
Perkara yang selalu ditanya sebelum mula menjahit.
Berapa lama tempoh siap jahitan?
Biasanya 2–4 minggu bergantung kepada design dan musim tempahan. Untuk majlis, maklumkan tarikh seawal mungkin supaya kami boleh rancang fitting dengan selesa.
Boleh ke saya hantar gambar dari Pinterest atau Instagram?
Boleh. Hantar screenshot atau gambar baju contoh melalui WhatsApp. Kami akan semak, beri cadangan kain dan potongan, serta anggaran harga.
Saya tinggal jauh. Macam mana nak ambil ukuran?
Kami akan beri panduan ukuran langkah demi langkah. Anda juga boleh pos baju yang paling muat sebagai rujukan ukuran.
Perlu ke saya beli kain sendiri?
Terpulang. Anda boleh bawa kain sendiri, atau kami bantu cadangkan dan sediakan kain yang sesuai dengan design dan bajet anda.
Berapa harga jahitan?
Harga bergantung kepada jenis pakaian, kerumitan design dan kain. Konsultasi dan sebut harga adalah percuma — hantar sahaja gambar rujukan anda.
Jom Mulakan Jahitan Anda Sekarang
Hantar gambar rujukan, kami bantu realisasikan dengan jahitan berkualiti.
Hantar Design Saya Sekarang